:

   B.Melayu | English | ﺏﺮﻋ  
1 Muharram 1436 H | 25 Oktober 2014 M


         

         
Bahasa Melayu
Consist all Web Content (In Malay)
Modul Staf
Isi Kandungan Laman Staf KHEU
Profil Pengguna
Channel for user's profil program
Pengurusan "Dropdown"
Mengandungi maklumat-maklumat general berkaitan dengan pilihan dropdown, pilihan gambar-gambar dan lain-lain (Untuk kegunaan pilihan bagi program yang lain)
Kalendar
Mengandungi senarai tarikh Masehi dan Hijrah
English
Consist all web content (in English - still testing)
Murtad
Main Channel for module e-Perkhidmatan : Perisytiharaan Murtad
Migration
Temporary channel for Data Migration
Pengislaman
Main Channel for module e-Perkhidmatan : Pengislaman
Kursus Pra Nikah
Main Channel for module e-Perkhidmatan : Kursus Pra Nikah (DO NOT DELETE)
Jenayah
Main Channel for module e-Perkhidmatan : Aduan Jenayah Syariah
Aduan MAL - Mapping
Main Channel for module e-Perkhidmatan : Aduan Mal

         




         

1 Muharram 1436 H
25 Oktober 2014 M



Penilaian Menyeluruh Program 3K Bagi Fasa Pertama Kementerian Hal Ehwal Ugama

Kemuncak penilaian Program 3K fasa pertama sekolah-sekolah ugama seluruh negara akan berakhir pada bulan Jun 2007. Sementara itu penilaian menyeluruh akan dibuat sehingga pertengahan bulan Mei 2007. Diharapkan pihak sekolah supaya akan dapat membuat persiapan yang bersesuaian berdasarkan perkara-perkara yang akan diambil kira dalam penilaian tersebut, antaranya:

1.Bangunan: Perhiasan, cat, papan tanda dilarang merokok, tempat pembuangan sampah, petunjuk arah blok, papan kenyataan dan lain-lain.


2.Bilik Ibadat / Dewan Serbaguna : Kebersihan, kekemasan, perhiasan bersesuaian, kelengkapan peribadatan, makluman waktu-waktu sembahyang, tunjuk arah kiblat yang betul dan lain-lain.


3.Bilik Darjah : Kebersihan, susunan kerusi meja, alas meja, peralatan bantu mengajar, perhiasan dan lain-lain.


4.Bilik Air : Kebersihan, adab dan doa masuk dan keluar bilik air, perhiasan bunga hidup / plastik, selipar, cecair pencuci tangan, tuala/tisu, hook, hand dryer, hos, haruman bersesuaian dan lain-lain.


5.Tempat Berwudhu : Kebersihan, alatan berwudhu lengkap, gambar tunjuk cara berwudhu, doa selepas berwudhu dan lain-lain.


6.Kawasan Sekolah : Kebersihan, rumput dalam / luar sekolah dipotong kemas, longkang yang tidak tersumbat, pondok aneka bentuk, pintu gerbang dan lain-lain.


7.Kantin : Kebersihan, kehalalan makanan dan minuman mengikut garispandu Kementerian Kesihatan, uniform khas penjaga kantin.


8.Perpustakaan / Sudut Bacaan : Kebersihan, kekemasan, buku-buku yang bermanfaat sesuai dengan peringkat umur kanak-kanak, peralatan untuk membaca, rekabentuk sudut bacaan yang menarik, jadual penggunaan perpustakaan secara bergilir dan lain-lain.

9.Aktiviti Program 3K

a.Kesihatan : Senamrobik, sukan ria, jungle tracking, menderma darah, ceramah dan pemeriksaan kesihatan.


b.Kebersihan : Kempen kebersihan kawasan dengan penglibatan agensi kerajaan.


c.Keindahan: Pembinaan lanskap, air terjun, taman bunga / herba / buluh yang membantu mencantikkan sekolah.


d.Penubuhan Jawatankuasa 3K murid dengan uniform khas dan terasing daripada ketua-ketua murid (prefek).


e.Penubuhan Jawatankuasa ibu bapa, sekolah dan pihak-pihak yang difikirkan bersesuaian.



         





         



         


        Lain-Lain
Lain-lain artikel yang berkaitan dengan YM Timbalan Setiausaha Tetap.
Taklimat Mengenai Program 3K Di Masjid Kampong Belais, Daerah Temburong   18 October, 2006
 

DSCN1241.JPG.DSCN1239.JPG


Khamis, 19 Ramadhan 1427 bersamaan 12 Oktober 2006 satu taklimat mengenai Program Kesihatan, Kebersihan Dan Keindahan (Program 3K) telah disampaikan oleh Yang Mulia, Dato Paduka Haji Ishaaq bin Haji Abdullah, Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Ugama sebagai salah satu aturcara Lawatan Kerja Safari Ramadhan Yang Berhormat Pehin Jawatan Luar Pekerma Raja Dato Seri Utama Dr. Ustaz Haji Awang Mohd. Zain bin Haji Serudin Ke Masjid-Masjid Daerah Temburong. Taklimat Program 3K berakhir dengan melihat mini pameran mengenai perlaksanaan Program 3K di sekitar sekolah-sekolah Arab dan Ugama seluruh negara.



Program 3K (Kesihatan, Kebersihatan Dan Keindahan) Sekolah-Sekolah Ugama Seluruh Negara   15 February, 2007
 

PROGRAM 3K

(KESIHATAN, KEBERSIHAN DAN KEINDAHAN)

SEKOLAH-SEKOLAH UGAMA SELURUH NEGARA

1.PENDAHULUAN

Sekolah sebagai Institusi pendidikan memainkan peranan penting dalam membentuk karektor kanak-kanak dan remaja untuk menjadi masyarakat dan bangsa yang mengutamakan kesihatan, kebersihan dan keindahan. Oleh itu perlunya konsep sekolah bersih dan persekitaran indah dilaksanakan di sekolah di bawah kawalan Kementerian Hal Ehwal Ugama. Inisiatif yang berdasarkan pendekatan menyeluruh bagi menangani faktor-faktor yang mempengaruhi kesihatan fizikal, mental, sosial dan alam sekitar di kalangan murid-murid adalah selaras dengan ajaran atau tuntutan Agama sebagaimana Hadith Nabi salallahu 'alaihi wasallam riwayat Muslim terjemahannya "Kebersihan itu sebahagian daripada iman" dan sebuah lagi Hadith Nabi yang terjemahannya "Sesungguhnya Allah itu cantik dan ia menyukai keindahan" serta kata-kata hikmah "Otak yang bijak atau pintar terletak pada badan yang sihat".

Maka adalah wajar Kementerian Hal Ehwal Ugama membuat strategi mengukuhkan pendidikan Agama dengan melaksanakan aktiviti Kesihatan, Kebersihan dan Keindahan (3K), melalui dasar dan struktur sekolah serta praktikal, melibatkan semua yang berkaitan seperti para pelajar, warga sekolah, keluarga dan mesyarakat dapat menjayakan inisiatif 3K.

3K merupakan satu faktor penting yang mempengaruhi keupayaan untuk belajar, maka peringkat umur muda, kanak-kanak adalah golongan yang paling tepat bagi membentuk, menyemai asas Kesihatan, Kebersihan dan Keindahan. Mereka adalah pewaris yang akan menjadi bangsa yang akan menghayati elemen-elemen tersebut di masa hadapan.

Dalam konteks sekarang di mana sebahagian besar waktu kanak-kanak itu berada di sekolah, maka peluang terbaik untuk mempengaruhi emosi dan menghalang tingkah laku berisiko tinggi akan dapat diperolehi di persekitaran sekolah tempat pembentukan individu yang mempunyai impak yang sangat tinggi. Sekolah boleh menyediakan suasana yang optimum bagi membentuk dan mempengaruhi akhlak, cara hidup. keperibadian dan membekalkan pengetahuan 3K.

2.MATLAMAT

2.1Melahirkan sekolah cemerlang.

2.2Mencipta sekolah dalam taman.

2.3Melahirkan tokoh pemimpin.

3.OBJEKTIF

3.1Mengasuh pelajar berdisiplin.

3.2Mewujudkan persekitaran sekolah yang indah dan selamat.

3.3Mengasuh warga yang berakhlak mulia.

3.4Menyediakan asas pendidikan yang syumul

4.KRITERIA 3K

Sebagai garispandu pelaksanaan aktiviti 3K di Sekolah-Sekolah Ugama disenaraikan elemen-elemen penting yang perlu dipenuhi oleh setiap sekolah iaitu:-

4.1KESIHATAN

Pentadbiran sekolah hendaklah sentiasa mengambil perhatian tentang kesihatan warga sekolah dengan menjaga kebersihan persekitaran sekolah, kebersihan dalam bangunan, permakanan dan merancang aktiviti kesihatan.

4.1.1Mempastikan makanan yang dijual di kantin sekolah yang diakui kehalalannya, bersih dan berkhasiat untuk murid-murid.

4.1.2Mengadakan kempen hari sihat seperti hari berolahraga, mengadakan ceramah kesihatan, kempen menderma darah, pemeriksaan kebersihan kuku murid dan sebagainya.

4.1.3Seluruh sempadan sekolah adalah zon bebas rokok dan mempastikan warga sekolah tidak merokok.

4.2KEBERSIHAN

Fizikal sekolah , blok pentadbiran, blok bilik-bilik darjah hendaklah dihiasi dengan bahan-bahan ilmiah yang bersesuaian, bilik darjah juga perlu dihiasi dan diisi dengan bahan-bahan alatan mengajar yang bersesuaian dan disusun kemas.

4.2.1Bilik air atau jamban hendaklah sentiasa bersih, air sentiasa ada, disediakan dengan bahan seperti sabun pencuci tangan, tissu, penyangkut (hooks) topi atau tudong, selipar, hose atau gayung, tempat pembuangan sampah, alat pengering tangan (hand dryer), kipas pengeluar angin (exhaust fan), hiasan-hiasan tambahan seperti bunga hidup atau pot pouri dan lain-lain.

4.2.2Menghapuskan longokan sampah-sarap, longokan kursi meja yang rosak,barang-barang yang difikirkan perlu dimusnahkan. Longkang hendaklah bersih atau aliran airnya tidak tersekat dengan benda-benda seperti sampah sarap, rumput yang boleh menghalang aliran air.

4.3KEINDAHAN

Kawasan sekolah hendaklah, mempunyai taman yang indah dan terjaga rapi, dihiasi dengan pohon-pohon bunga hiasan dengan diberi tanda nama atau jenis spesis tumbuhan pada pohon-pohon tersebut, terdapat pondok-pondok tempat rehat atau tempat menunggu yang beranika bentuk seperti model payung, bentuk kulat, bentuk minang, bentuk lagoon dan sebagainya, jika berkemampuan disyurkan membina landscape, fountain dan gerbang dipintu masuk sekolah.

4.3.1Membuat poster atau papan tanda bagi pejabat pentadbiran, bilik Guru Besar, jamban lelaki, jamban perempuan, bacaan doa sebelum masuk dan keluar jamban, adab-adab masuk dan keluar jamban, kata-kata peringatan seperti biasakan mencuci tangan selapas menggunakan jamban, zon bebas rokok, terima kasih kerana tidak merokok atau terjemahan-terjemahan Hadith seperti "kebersihan itu sebahagian daripada iman", "menuntut ilmu itu wajib ke atas setiap orang Islam" dan lain-lain.

5.BUDAYA SEKOLAH

5.1Mendorong murid / penuntut supaya terbiasa berpegang kepada nilai-nilai keimanan dan tauhid.

5.2Menanamkan semangat untuk melaksanakan perintah Allah dan menjauhi larangannya dalam ibadah, pakaian, tingkah laku, proses pembelajaran, ujian dan sentiasa taat kepada pemimpin dan peraturan sekolah.

5.3Menghormati guru, asas untuk mendapatkan ilmu pengetahuan. Oleh itu, pentadbiran sekolah perlu melakukan kaedah bimbingan yang terbaik.

5.4Persaudaraan iaitu pergaulan mesra antara murid, menimbulkan suasana harmoni dapat memberikan ruang lebar kepada ketenteraman sekolah.

5.5Kebebasan bersuara, suatu kesempatan kepada murid / penuntut menyampaikan pendapat / pandangan yang berasaskan hujjah-hujjah yang benar.

5.6Membentuk suasana Islami sepanjang tempoh persekolahan, pergaulan Islami, tegur sapa Islami.

5.7Hubungan guru dan murid adalah ikatan kasih sayang ibu dan anak sentiasa lembut dan mesra, contoh teladan yang berkesan.

6.PELAKSANAAN

Kementerian Hal Ehwal Ugama, melalui Jabatan Pengajian Islam telah memperkenalkan inisiatif 3K ke Sekolah-Sekolah Ugama Kementerian Hal Ehwal Ugama di seluruh negara mulai April 2006. Dalam pada itu, usaha juga akan di teruskan untuk melaratkan ke Sekolah-Sekolah Ugama di bangunan gunasama, di mana di peringkat awal sekolah-sekolah digalakkan untuk melaksanakan program ini mengikut keupayaan masing-masing dan diteruskan untuk dipertingkatkan dari masa ke semasa dengan berpandu kepada strategik berikut:-

6.1Program ini diletakkan di bawah tugas atau Urusetia Bahagian Bangunan dan Pemeliharaan Jabatan Pengajian Islam.

6.2Promosi atau perbincangan atau mengedarkan bahan (booklet) kepada pentadbiran sekolah bagi menghuraikan konsep 3K.

6.3Membantu pihak sekolah dengan memberikan khidmat nasihat dan tindakan program 3K.

6.4Mengadakan lawatan berjadual ke seluruh Sekolah Ugama.

6.5Membuat pelaksanaan jangka panjang.

6.6Merangka buku bacaan khas teks dalam usaha memperkukuhkan Program 3K dan pelancaran buku berkenaan (jika perlu)

7.AKTIVITI SOKONGAN

Di samping aktiviti-aktiviti dalaman dilaksanakan oleh pihak sekolah, adalah juga digalakkan murid mengambil bahagian dalam aktiviti bersifat 3K mengikut rancangan sekolah masing-masing seperti:-

7.1Mendatangkan penceramah bagi menghuraikan tajuk-tajuk seperti Fungsi Alam Sekitar Terhadap Kehidupan, Alam Sekitar  Dengan Kesihatan, Bengkel Tunjukcara Penanaman, Memelihara Pohon-Pohon Hiasan Dan Jenis-Jenis Tanah Dan Pohon Yang Bersesuaian.

7.2Mengadakan peraduan antara kelas.

7.3Melantik jawatankuasa murid (kelab). Setiap sekolah hendaklah menubuhkan jawatankuasa-jawatankuasa di kalangan murid sekolah itu sendiri seperti;

7.3.1Jawatankuasa Kebersihan dan Keindahan Kawasan Sekolah.

7.3.2Jawatankuasa Kebersihan Bilik Air Atau Jamban.

7.3.3Jawatankuasa Perpustakaan Sekolah (Library) dan sebagainya.

Jawatankuasa ini hendaklah diberikan autonomi dalam bidang tugas masing-masing serta pihak sekolah digalakkan untuk memberikan penghargaan atau mengadakan pakaian (uniform) khas atau lencana tertentu atau tanda pengenalan yang sesuai. Tujuannya untuk mengenalkan dirinya sebagai seorang penguatkuasa atau ahli jawatankuasa berkenaan. 

7.4Peraduan melukis poster atau kata-kata hikmah seperti "Amalkan Sikap Pembersih", "Kebersihan Itu Sebahagian Daripada Iman", "Sekolahku Sayang" dan sebagainya.

7.5Mengadakan kerjasama dengan pihak tertentu seperti Jabatan Alam Sekitar Dan Rekreasi Taman, Pejabat Tanah, Jabatan Bandaran, Jabatan Perhutanan, Jabatan Pertanian, Jabatan Perikanan dan sebagainya.

7.6Mengadakan Seminar "Sekolah Dalam Taman".

7.7Lawatan Sambil Belajar sama ada dalam negeri seperti Sekolah Antarabangsa, Jerudong atau luar negeri seperti Sekolah Bestari, Kuala Lumpur Malaysia.

7.8Bertukar-tukar maklumat terkini di antara sebuah sekolah dengan sekolah lain demi untuk meningkatkan kefahaman dan pengurusan program 3K sama ada melalui laman web, e-mail, telefon, atau kunjungan.

8.FAEDAH-FAEDAH

8.1Menjadikan 3K sebagai etos dan budaya sekolah.

8.2Mengukuhkan hubungan sesama warga sekolah.

8.3Meningkatkan kerjasama warga sekolah dengan ibu-bapa serta masyarakat.

8.4Menjimatkan kos pemeliharaan bangunan.

8.5Meningkatkan sikap rasa cinta, banga dan suka kepada sekolah dikalangan warga sekolah.

8.6Mendorong pentadbiran sekolah menyediakan suasana yang kondusif yang boleh membantu keselesaan pembelajaran.

8.7Memberikan peluang kepada pentadbiran sekolah memegang peranan utama melatih murid-murid menghayati kemahiran-kemahiran hidup serta dapat mengatasi kesan negatif bermasyarakat.

8.8Mengurangkan sifat pemugut (vandalism).

8.9Mengukuhkan pendidikan Agama dengan mengamalkan sikap pembersih, menyukai kebersihan dan mencintai keindahan, sajak kecil hinggalah mereka dewasa.

9.AUTONOMI

Bagi melaksanakan program ini, pihak sekolah perlu diberi kuasa atau tanggungjawab melaksanakan pengusaian, pembaikan kerosakan bangunan, harta benda sekolah dan kerja-kerja mempercantikkan taman, dengan memberikan kebenaran untuk menggunakan kewangan sekolah.

Disamping itu pihak sekolah bolehlah berusaha dengan cara melibatkan ibu bapa atau penjaga secara tidak langsung untuk mendapatkan bahan-bahan seperti sumbangan bunga-bungaan, pohon-pohon tanaman yang bersesuaian atau sumbangan berupa tenaga seperti sama-sama membersihkan sekolah, menjaga kawasan sekolah, atau membina pondok-pondok tempat menunggu dan sebagainya.

10. PEMANTAUAN

Untuk mempastikan program 3K berjalan disemua sekolah maka Bahagian Bangunan dan Perkhidmatan-Perkhidmatan. Jabatan Pengajian Islam dan Jabatan Pentadbiran akan membuat pemantauan secara berterusan dan membuat laporan setiap 3 bulan sekali kepada Pejabat Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

11.PENUTUP

Asas Program 3K ini adalah juga menjadi satu landasan bagi mencapai hasrat untuk menjadikan sekolah-sekolah ugama cemerlang yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan organisasi yang teratur, mampunyai daya kepimpinan yang mantap berdisiplin dan berdaya saing yang sihat di kalangan warga sekolah dengan demikian pentadbir sekolah dapat menyediakan program-program yang bersesuaian untuk meningkatkan prestasi murid-murid serta guru-guru sekolah dengan bantuan prasarana-prasarana yang lengkap yang boleh menggalakkan proses perkembangan kanak-kanak, yang mempunyai ciri-ciri berikut;

11.1Semua murid sekolah-sekolah ugama akan patuh kepada disiplin.

11.2 Program 3K boleh mengwujudkan suasana pembelajaran yang kondusif.

11.3Bangunan sekolah dan persekitarannya adalah sebuah taman yang sangat menarik, yang dapat menimbulkan suasana damai amat sesuai dengan alam pendidikan.



Penilaian Menyeluruh Program 3K Bagi Fasa Pertama Kementerian Hal Ehwal Ugama   12 April, 2007
 

Kemuncak penilaian Program 3K fasa pertama sekolah-sekolah ugama seluruh negara akan berakhir pada bulan Jun 2007. Sementara itu penilaian menyeluruh akan dibuat sehingga pertengahan bulan Mei 2007. Diharapkan pihak sekolah supaya akan dapat membuat persiapan yang bersesuaian berdasarkan perkara-perkara yang akan diambil kira dalam penilaian tersebut, antaranya:

1.Bangunan: Perhiasan, cat, papan tanda dilarang merokok, tempat pembuangan sampah, petunjuk arah blok, papan kenyataan dan lain-lain.


2.Bilik Ibadat / Dewan Serbaguna : Kebersihan, kekemasan, perhiasan bersesuaian, kelengkapan peribadatan, makluman waktu-waktu sembahyang, tunjuk arah kiblat yang betul dan lain-lain.


3.Bilik Darjah : Kebersihan, susunan kerusi meja, alas meja, peralatan bantu mengajar, perhiasan dan lain-lain.


4.Bilik Air : Kebersihan, adab dan doa masuk dan keluar bilik air, perhiasan bunga hidup / plastik, selipar, cecair pencuci tangan, tuala/tisu, hook, hand dryer, hos, haruman bersesuaian dan lain-lain.


5.Tempat Berwudhu : Kebersihan, alatan berwudhu lengkap, gambar tunjuk cara berwudhu, doa selepas berwudhu dan lain-lain.


6.Kawasan Sekolah : Kebersihan, rumput dalam / luar sekolah dipotong kemas, longkang yang tidak tersumbat, pondok aneka bentuk, pintu gerbang dan lain-lain.


7.Kantin : Kebersihan, kehalalan makanan dan minuman mengikut garispandu Kementerian Kesihatan, uniform khas penjaga kantin.


8.Perpustakaan / Sudut Bacaan : Kebersihan, kekemasan, buku-buku yang bermanfaat sesuai dengan peringkat umur kanak-kanak, peralatan untuk membaca, rekabentuk sudut bacaan yang menarik, jadual penggunaan perpustakaan secara bergilir dan lain-lain.

9.Aktiviti Program 3K

a.Kesihatan : Senamrobik, sukan ria, jungle tracking, menderma darah, ceramah dan pemeriksaan kesihatan.


b.Kebersihan : Kempen kebersihan kawasan dengan penglibatan agensi kerajaan.


c.Keindahan: Pembinaan lanskap, air terjun, taman bunga / herba / buluh yang membantu mencantikkan sekolah.


d.Penubuhan Jawatankuasa 3K murid dengan uniform khas dan terasing daripada ketua-ketua murid (prefek).


e.Penubuhan Jawatankuasa ibu bapa, sekolah dan pihak-pihak yang difikirkan bersesuaian.



Program Bilik Air Kering [Mirhadh] Sekolah-Sekolah Ugama, KHEU 1429 / 2008   29 November, 2007
 

1.PENDAHULUAN

Program Kesihatan, Kebersihan Dan Keindahan [P3K] telah diperkenalkan sejak April 2006, sehingga kini hampir semua sekolah-sekolah Ugama telah melaksanakannya mengikut kemampuan dan keupayaan sekolah masing-masing. Penghargaan kepada sekolah cemerlang, terbaik dan sijil penyertaan telah pun dilaksanakan pada hari Sabtu, 21 Julai 2007 di Sekolah Ugama Tumpuan Telisai, Daerah Tutong. Hadiah penghargaan dan sijil penyertaan telah disampaikan oleh Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam.

2.DEFINISI

Pengertian Bilik Air Kering [Mirhadh] meliputi tandas dan tempat mencuci tangan yang bersih dan kering. Program Bilik Air Kering bermaksud tandas dan tempat mencuci tangan [singki] akan sentiasa dalam keadaan kering dan bersih serta tidak ada benda-benda terbuang ditinggalkan di dalam bilik-bilik air seperti sampah berselerak dan air bertakung.

Ini bukan bermakna tandas dan tempat mencuci tangan tidak ada air malahan seperti lazimnya air adalah sebagai alat untuk mencuci dan membersihkan diri sebagaimana tuntutan Ugama Islam tetapi tandas dan tempat mencuci tangan, lantai, dinding dan kawasan bilik air sentiasa dalam keadaan bersih dan kering selepas digunakan oleh penggunanya.

Projek ini difokuskan kepada bilik air [Mirhadh] kerana ianya mencerminkan imej sekolah berkenaan terutama dalam soal penjagaan kebersihan. Dengan kata lain kebersihan tandas meliputi kebersihan sebelum dan selepas menggunakannya sentiasa berkeadaan baik, bersih dan kering. Disamping kebersihan ianya hendaklah:

a.dilengkapi dengan keperluan-keperluan asasi seperti tisu, cecair pencuci tangan, selipar, cermin muka, mesin pengering tangan bagi kemudahan penggunanya.

b.dihiasi dengan bunga-bungaan yang bersesuaian, poster-poster yang menggalakan untuk menjaga kebersihan dan tulisan doa sebelum dan selepas qada hajat, adab memasuki tandas dan sebagainya.

3.RASIONAL

a.Kesinambungan Program Kesihatan, Kebersihan Dan Keindahan [P3K].

b.Melatih dan membiasakan murid supaya menggunakan tandas dalam keadaan bersih dan kering.

c.Mengamalkan tuntutan Ugama Islam supaya menjadi umat yang pembersih.

4.OBJEKTIF

a.Menjadikan kebersihan sebagai amalan dikalangan murid.

b.Menimbulkan suasana kondusif kawasan sekolah termasuklah tandas.

c.Melatih murid supaya mempunyai sifat bertanggungjawab.

5.CIRI-CIRI BILIK AIR KERING [MIRHADH]

a.Perkara asas ;
i.Lantai sentiasa kering yakni tidak basah atau tidak ada air bertakung.
ii.Tiada paip air bocor membasahi kawasan bilik air.
iii.Tangki jamban tidak melimpah airnya dan flush berfungsi dengan baik.
iv.Kepala paip tidak bocor.
v.Dinding bersih.
vi.Tempat mencuci tangan [singki] bersih dan kering.
vii.Pintu tandas berfungdi dengan baik.

b.Perhiasan yang boleh mengindahkan dalam dan luar tandas ;
i.Bunga-bungaan hidup atau diperbuat daripada plastik.
ii.Poster mengenai tatacara penggunaan yandas yang betul.
iii.Doa sebelum masuk dan keluar tandas.
iv.Adab menggunakan tandas.
v.Peringatan untuk sentiasa menjaga kebersihan demi menggelak daripada penyakit.
vi.Peringatan untuk sentiasa mencuci tangan selepas menggunakan tandas dan sebagainya.

c.Peralatan yang perlu ada ;
i.Mesin pengering tangan eletrik [electric hand dryer].
ii.Kotak tisu bergantung [hang tissue box].
iii.Selipar.
iv.Sabun cecair [liquid soap].
v.Tong sampah [dust bin].
vi.Rak kasut/selipar.
vii.Cermin muka.
viii.Tempat penyangkut tudung/songkok.
 ix.Penyapu mop.
x.Pencuci lantai.
xi.Haruman dan sebagainya.

6.PELAKSANAAN

a.Pemantauan pihak Jabatan Pengajian Islam khususnya Unit Sekolah Cemerlang Dan Program 3K bagi seluruh sekolah-sekolah Ugama khasnya bangunan Kementerian Hal Ehwal Ugama untuk mempastikan tandas yang sedia ada adalah menepati untuk pelaksanaan Program Bilik Air Bersih [Mirhadh].

b.Mencadangkan sekolah-sekolah yang dianggap boleh melaksanakan Program ini sekiranya menepati ciri-ciri yang diperlukan seperi keadaan tandas yang kering, berfungsi dengan baik dan tidak tersumbat.

c.Melaporkan mana-mana tandas sekolah yang memerlukan pembaikan ke Bahagian Bangunan dan Pemeliharaan, Kementerian Hal Ehwal Ugama untuk pembaikan atau pengubahsuaian bagi memenuhi ciri-ciri Program Bilik Air Kering [Mirhadh].

d.Pelaksanaan hendaklah berfasa mengikut kemampuan dan keupayaan sekolah. Fasa tertama hendaklah diutamakan bagi sekolah yang telah memenuhi ciri seperti di para 5.

7.TINDAKAN

a.Melantik jawatankuasa di kalangan murid untuk sama-sama menjaga kebersihan bilik air. Jawatankuasa ini hendaklah atas pengawasan guru untuk menguatkuasakan penjagaan kebersihan bilik air dan pengunanya akan mengamalkan tatacara penggunaan tandas yang betul.

b.Mengaturkan jadual menjaga hari di kalangan murid untuk mempastikan bilik air sentiasa bersih dan kering, jika perlu diaturkan untuk memop atau membersihkannya.

c.Melaksanakan tindakan yang bersesuaian jika melakukan pelanggaran peraturan seperti mengotorkan tandas sama ada dengan cara mengarahkan mereka yang mengotorkan tersebut untuk membersihkannya.

8.KESIMPULAN

Program ini mungkin akan disalah anggap oleh sesetengah pihak, oleh itu pihak sekolah perlu menjelaskan bahawa ajaran Ugama melatih murid untuk melazimkan dengan kebersihan. Justeru itu di sekolah mereka dilatih untuk melakukan sendiri atau secara praktiknya supaya terbiasa membersihkan diri dan bilik air.

Kebersihan amat dititik beratkan di dalam Islam sebagaimana yang disebutkan dalam Hadith Rasulullah salallahu 'alaihi wasallam "Kebersihan Itu Sebahagian Daripada Iman". Wajib untuk kita menjaga kebersihan supaya terhindar dari pelbagai penyakit. Program ini juga dihasratkan untuk mengurangkan sifat pemugut [vandalism] dengan menghargai dan mencintai kebersihan dan keindahan.



Program Amalan Memberus Gigi Sebelum Sembahyang Sekiolah-Sekolah Ugama   01 April, 2008
 

AMALAN MEMBERUS GIGI SEBELUM SEMBAHYANG
SEKOLAH-SEKOLAH UGAMA, JABATAN PENGAJIAN ISLAM
KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
TAHUN 2008M /1429H


1. PENDAHULUAN

Islam menekankan penjagaan kebersihan gigi, malah Rasulullah Salallahu A'laihi Wasalam pernah bersabda yang iriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang berbunyi:

لَوْ لاَ اَنْ أَشُقَّ عَلَى أُمَّتِى َلأَمَرْتُهُمْ بِالسِّوَاكِ عِنْدَ كُلِّ الصَّلاَةِ

Maksud hadith, "jika tidak membebankan, akan ku suruh umatku "bersiwa" (menggunakan kayu pembersih gigi) setiap kali solat."

Diriwayatkan juga bahawa Rasulullah Salallahu A'laihi Wasalam akan membersihkan gigi baginda setiap kali sebelum menunaikan sembahyang, bertahajjud, bangun dari tidur dan sebelum berjalan ke rumah-rumah isteri beginda.

Oleh sebab amalan memberus gigi ini sangat digalakkan oleh Islam, maka adalah sangat sesuai bagi sekolah-sekoah ugama supaya menjadikan ianya amalan kepada semua pelajar dan murid untuk memberus gigi sebelum menunaikan sembahyang Fardhu Zuhur dan Asar berjemaah di sekolah.


2.OBJEKTIF

a. Mengamalkan ajaran Islam untuk menjaga kebersihan mulut dan gigi.
b. Membiasakan murid memberus gigi terutama apabila hendak menunaikan sembahyang.
c. Mengekalkan hidup sihat dengan mempunyai gigi yang bersih, cantik dan tidak bau busuk.


3.PERLAKSANAAN

a. Memilih sekolah sebagai sekolah yang terpilih (skim percubaan) setiap Daerah untuk melaksanakan program ini.

b. Sekolah ugama melantik Guru Kesihatan (sebagai langkah awal guru amali ugama bolehlah dijadikan guru promosi kesihatan.

c. Setiap kali hendak menunaikan sembahyang berjemaah disekolah guru-guru hendaklah mengajar, menunjukcara memberus gigi dan mengingatkan pelajar/murid untuk memberus gigi mereka.

d. Setiap murid membawa berus gigi dan ubat gigi masing-masing..

e. Bagi Darjah Pra, Darjah Satu dan Dua, guru hendaklah membawa murid-murid ketempat berwudhu menunjukcara dan membinbing cara memberus gigi yang betul sebelum mengambil wudhu.

f. Bagi Darjah Tiga hingga Enam, mereka hendakkah digalakkan untuk melakukan sendiri sebelum berwudhu untuk menunaikan sembahyang.

g. Murid-murid yang sudah berwudhu atau wudhu mereka tidak batal mereka digalakkan untuk memberus gigi.

h. Guru akan memberikan tip-tip penjagaan gigi yang betul supaya gigi bersih dan sihat.


4. KESIMPULAN

Murid-murid sekolah ugama akan mempunyai gigi yang sihat dan bersih serta jauh dari peyakit gigi seperti gigi berlubang, penyakit gusi, menyebabkan bau mulut atau kehilangan gigi. Selain daripada itu murid dapat mengamalkan perbuatan memberus gigi sebelum sembahyang serta menghayati ajaran Ugama Islam.