:

   B.Melayu | English | ﺏﺮﻋ  
22 JamadilAkhir 1435 H | 23 April 2014 M

Bahasa Melayu
Consist all Web Content (In Malay)
Modul Staf
Isi Kandungan Laman Staf KHEU
Profil Pengguna
Channel for user's profil program
Pengurusan "Dropdown"
Mengandungi maklumat-maklumat general berkaitan dengan pilihan dropdown, pilihan gambar-gambar dan lain-lain (Untuk kegunaan pilihan bagi program yang lain)
Kalendar
Mengandungi senarai tarikh Masehi dan Hijrah
English
Consist all web content (in English - still testing)
Murtad
Main Channel for module e-Perkhidmatan : Perisytiharaan Murtad
Migration
Temporary channel for Data Migration
Pengislaman
Main Channel for module e-Perkhidmatan : Pengislaman
Kursus Pra Nikah
Main Channel for module e-Perkhidmatan : Kursus Pra Nikah (DO NOT DELETE)
Jenayah
Main Channel for module e-Perkhidmatan : Aduan Jenayah Syariah
Aduan MAL - Mapping
Main Channel for module e-Perkhidmatan : Aduan Mal

22 JamadilAkhir 1435 H
23 April 2014 M

Forum An-nur Sempena Hari Perkhidmatan Awan Di Institut Perkhidmatan Awam Pada 08 November 2007

Soalan Pusingan Pertama

1)Bercakap mengenai 'pemimpin' ini Dato, tak dapat tidak, ada hubungannya dengan apa yang disebut sebagai 'Ulil Amri'; mentaati Ulil Amri itu bermakna menjulang pemimpin (dalam pengertiannya yang positif); Persoalannya; siapa yang dinamakan Ulil Amri dan dalam konteks ketaatan yang bagaimanakah yang harus diberikan kepada Ulil Amri?

JAWAPAN :

-Amir :orang yang memberi arahan

الأمرن بالمعروف والناهون عن المنكر والحفظون لحدود الله
-( التوبة : 11)

-Ulil Amri:orang yang mempunyai kuasa perintah dan arahan (pemimpin) Secara umum Ulil Amri bermaksud ketua. Dalam sejarah pemerintahan Islam ketua atau pemerintah itu diberikan berbagai-bagai gelaran seperti, Khalifah, Imam, Amirul Mukminin, Raja / Sultan. Dalam konteks kehidupan bermasyarakat, berorganisasi atau berkeluarga adalah mereka yang memegang atau menerima lantikan sebagai ketua untuk mengurus masyarakat, disebut sebagai Ulil Amri. Sementara dalam hal ehwal pengurusan dan pentadbiran adalah ketua-ketua jabatan.

Ringkasnya mereka yang disebut sebagai Ulil Amri ini ialah orang-orang yang bertanggungjawab, yang menerima amanah untuk mentadbir dan mengurus dengan adil dan saksama. Kuasa yang dimiliki oleh Ulil Amri ini merupakan suatu amanah yang wajib dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.

Dalam konteks ketaatan yang harus diberikan kepada Ulil Amri, maka kita harus mengetahui terlebih dahulu apakah dasar pegangan mereka. Tentunya sebagai ketua atau pemimpin Islam mereka akan melaksanakan pentadbiran berasaskan kepada dua sumber utama; iaitu al-Quran dan al-sunnah, jika ini yang menjadi sandaran mereka maka sebagai pengikut atau orang yang dipimpin, wajib taat sepenuhnya kepada ketua, sesuai dengan perintah Allah di dalam al-Quran Surah An-Nisaa ayat 59;

يأيها الذين امنوا أطيعوا الله وأطيعوا الرسول وأولوا الأمر منكم

Maksudnya : wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada Ulil Amri (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu.

Dalam hal ini apabila seseorang Ulil Amri atau ketua telah menyempurnakan hak umah atau masyarakat maka wajib bagi yang dipimpin mentaatinya sekalipun ada hal-hal yang diperintahkan itu tidak diingini dan tidak berkenan di hati. Selagi perkara yang diperintahkan itu tidak bercanggah dengan hukum syara' maka tak dapat tidak ia wajib dipatuhi.

Namun demikian, jika perintah-perintah itu jelas bercanggah dengan hukum Allah dan Sunnah S.A.W, tidaklah wajib ditaati sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim, yang bermaksud:

السمع والطاعة على المرء المسلم فيما أحب أو كره ما لم يؤمر بمعصية فإذا أمر بمعصية فلا سمع ولا طاعة

"Dengar dan taat kepada perintah muslim adalah kewajipan samada dalam perkara yang disukai atau dibenci selagi tidak disuruh melakukan maksiat (maka dalam keadaan ini) tidak boleh dengar dan tidak boleh taat"

Antara ciri-ciri kepimpinan Islam umumnya adalah;

1)Mempunyai matlamat untuk;

i-Mendapatkan keredhaan Allah S.W.T
ii-Mendapatkan kebahagiaan hidup dunia / akhirat
iii-Pengabdian dan perhambaan diri kepada Allah
iv-Menegakkan maaruf dan meningalkan mungkar
v-Menegakkan keamanan dan mewujudkan kemakmuran
vi-Menegakkan keadilan
vii-Mengangkat martabat manusia dan menuju ke arah kesempurnaan akhlak
viii-Mewujudkan kasih sayang, hormat menghormati dan bertolong-tolongan dalam kebaikan dan ketaqwaan

2)Menjadikan kepimpinan Rasulullah S.A.W contoh dan keutamaan seperti matlamat (1).

3)Mendokong tauhid dan keimanan, dan segala kegiatan dalam hidup semata-mata kerana Allah S.W.T (semuanya ibadah)
4)Berpegang kepada syariah / undang-undang Islam sebagai panduan

5)Berakhlak, seperti adil, pemaaf, redha, tegas, sabar, tenang, khauf, istiqamah, berlapang dada, qina’ah dan banyak lagi

Dalam satu organisasi, kekuatan dan kemantapannya bergantung kepada sikap anggota di dalamnya, sejauh mana komitmen dan kesetiaan kepada organisasi diamalkan, diaplikasi dalam amalan harian dan sejauh mana tugas sebagai amanah itu ditanai / dilaksanakan dengan penuh jujur kerana Allah Subhanahu Wata'ala.

Begitulah selaku anggota dalam organisasi hendaklah taat kepada segala perintah, peraturan, arahan atau disiplin yang telah ditetapkan, selagi tidak bertentangan dengan ajaran Islam, apa yang penting semua orang harus bersikap tenang, sabar dan tidak emosi apatah lagi derhaka / khianat terhadap pemimpin / perintah yang dipertanggungjawabkan.

Rasulullah S.A.W bersabda:

من كره من أميره شيئا فليصبر فانه من خرج من السلطان شبرا مات ميتة جاهلية – رواه البخارى ومسلم

"Barangsiapa yang benci terhadap sesuatu dari tindakan penguasanya, hendaklah dia sabar, kerana orang yang meninggalkan penguasanya / ketuanya, walaupun hanya sejengkal maka matinya seperti mati pada zaman Jahiliah".Bagaimanapun taat di sini, ada ruang mengeluarkan pandangan / pendapat, Saidini Ali pernah berkata;

أنا عبد من علمنى ولو حرفا.....

Pandangan yang membina yang mendatangkan kebaikan.

Surah Al-Imran, Ayat 159;

وشاورهم فى الأمر فإذا عزمت فتوكل على الله ان الله يحب المتوكلين

Soalan Pusingan Kedua:

2)Menjadi seorang pemimpin mesti mempunyai prinsip, dan dasar pegangan yang kukuh, jika tidak! Pemimpin akan kehilangan hala tuju (focus) dan kehilangan kewibawaan (tentunya tidak akan dihormati dan dijulang) terutama kepada orang-orang yang dipimpin. Ini ada hubungannya dengan kualiti pemimpin atau ketua. Dalam hal ini, apakah yang seharusnya menjadi keutamaan seseorang ketua dalam mentadbir sesebuah organisasi?

Pemimpin:

Kisah seorang raja yang memerintahkan puteranya berguru di sebuah gunung (dalam hutan rimba).

Raja :Apa yang kamu sudah pelajari?
Putera: aya sudah pelajari bahawa inti kepimpinan adalah "mendengarkan"
Raja:Apa saja yang enkau dengar?
Putera:Bagaimana burung-burung berkicauan, deruan air mengalir, angin sepoi yang menghembus
Raja:Kalau hanya itu, kamu belum memahami erti kepimpinan.
- kembali ke hutan 1 tahun lagi
Raja:Apa yang kamu pelajari?
Putera:Saya sudah mendengar suara matahari memanasi bumi, suara bunga-bunga yang mekar merekah serta suara rumput-rumput yang menyerap air

Allah mencipta manusia dengan dua (2) telinga dan satu (1) mulut isyarat kita perlu mendengar dua kali sebelum bercakap memutuskan sesuatu

Allah menciptakan mulut sifatnya sentiasa tertutup, telinga dibentuk sentiasa terbuka-isyarat / petanda kita perlu mengurangkan percakapan (statement) dan membanyakkan mendengar rayuan , keluhan dan pandangan orang lain

Inilah sifat pemimpin yang baik, menerima / mendengar suara bawahan.

Bahkan lebih dari itu, sebagai seorang pemimpin dituntut supaya mendengarkan bukan hanya dengan anggota telinga zahir tetapi dengan mata / hati / kepekaan memahami perkara di luar percakapan (dapat menyelami ke lubuk hati orang bawahan) – selain dari itu, sebagai pemimpin yang harus;

i-Memahami tentang wawasan organisasi struktur, visi, misi, objektif dan arah tujuan organisasi

ii-Kepimpinan pro-aktif; sentiasa melihat kehadapan dengan optimis dan bersedia menghadapi segala risiko yang akan muncul

iii-Memperlihatkan keteladanan yang baik; ini merangkumi akhlak yang mulia termasuk aspek keupayaan merancang dan mengurus organisasi dengan baik

iv-Kemampuan mentarbiah ahli; kemampuan ini merangkumi berbagai-bagai bidang dan aktiviti termasuklah tarbiah melalui bimbingan dan tunjuk ajar. Kejayaan mentarbiah pengikut hendaklah diukur dari segi kejayaannya mempertingkatkan kematangan berfikir dan keupayaan bekerja dengan baik

v-Keupayaan berkomukasi / silatur rahmi; para pemimpin harus sedar bahawa mereka adalah pusat maklumat dalam organisasi mereka.

Lazimnya merekalah yang paling mengetahui mengenai hal ehwal organisasi / jabatan mereka. Mereka lebih memahami arah tujuan keutamaan dan penekanan-penekanan yang diinginkan oleh organisasi.Dalam pada itu, jika kita melihat akan kejayaan Rasulullah S.A.W sebagai pemimpin antara kualiti yang baginda miliki ialah:

a)Kesabaran dan ketahanan
b)Penguasaan diri
c)Keberanian dan kecekalan
d)Keadilan dan persamaan
e)Kebenaran dan kemuliaan
f)Keperibadian yang sempurna

SOALAN PENONTON: (jika masa mencukupi)

1)Bagaimanakah cara supaya hubungan antara pemimpin dan orang yang dipimpin sentiasa baik dan harmoni?

JAWAPAN: (ringkasan)

Dari perspektif Islam, kepimpinan adalah merupakan hubungan di antara ketua dengan pengikut atau pemimpin dengan orang yang dipimpin. Secara ringkas, bagi seseorang pemimpin hendaklah menekankan beberapa prinsip

Ada tiga sumber untuk mendapatkan hubungan harmoni;

i-Rela memaafkan; cuba renungkan kalimah سبحان الله  (Allah Maha Suci), kerana manusia sifatnya selalu salah dan alpa – dengan konsep ini hati anda akan selalu terbuka untuk memaafkan orang lain.

ii-Bersyukur; cuba renungkan kalimah الحمدلله  , orang yang berbahagia adalah orang yang selalu menyebut ‘Alhamdulillah’ dalam situasi apa pun (dalam berjaya / gagal)

iii-Tidak membesar-besarkan hal-hal kecil; renungkan kalimah الله أكبر hanya Tuhan lah yang maha besar, kerna itu perselisihan-perselisihan biasa antara pemimpin dan bawahan jangan sekali-kali diperbesarkan. Banyak masalah-masalah yang kita hadapi setiap hari itu sebenarnya adalah masalah-masalah kecil – yang bila-bila waktu saja akan kita lupakan

Selain dari itu, seorang pemimpin perlulah;

i.Sentiasa memberikan contoh yang baik kepada orang bawahan

ii.Sentiasa menjaga hubungan baik dengan orang-orang yang dipimpin

iii.Menghormati pendapat orang lain / orang bawahan walaupun ada percanggahan

iv.Mewujudkan persekitaran bekerja dengan amanah

v.Yakin terhadap kemampuan pengikut dan tidak pernah memperkecilkan kemampuan mereka

vi.Memberi tunjuk ajar dengan penuh hikmah

Bagi orang-orang yang dipimpin pula hendaklah;

i.Taat kepada ketua dengan sepenuhnya

ii.Sentiasa berbaik sangka dan memberi ruang untuk merapatkan hubungan silatur rahim

iii.Sentiasa merujuk kepada ketua bagi segala masalah yang dihadapi dengan hormat

iv.Tidak berlaku khianat dan melanggar amanah yang diberikan

        Artikel
Hasil penulisan dan artikel daripada YM Timbalan Setiausaha Tetap.
Forum An-nur Sempena Hari Perkhidmatan Awan Di Institut Perkhidmatan Awam Pada 08 November 2007   11 March, 2008
 
Forum Perdana Sempena Sambutan Awal Tahun Hijrah 1429 Di Dewan Persidangan 2 Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas Pada 14 Februari 2008   11 March, 2008
 
"TUNAS BANGSA BERAKHLAK AL-QURAN"

Soalan Pertama:
-Apakah pandangan Dato mengenai tema ini dan keperluannya kepada para belia?

DEFINISI
Tunas:Tumbuhan muda yang baru timbul, atau cabang, ranting dan dahan yang baru tumbuh. Dalam konteks masyarakat tunas membawa maksud anak-anak kecil dan anak-anak muda yang sedang membesar dan sangat memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar dari orang yang lebih berpengalaman.

Bangsa: Bangsa yang dimaksudkan adalah Bangsa Melayu berugama Islam.

Akhlak: Akhlak yang baik adalah budi pekerti dan nilai-nilai murni yang dilakukan dengan sungguh-sungguh disertai dengan niat yang ikhlas.

Mutiara kehidupan manusia, yang bercahaya pada diri seseorang menambah keindahan, tanpa akhlaq manusia hilang harga diri tidak dihormati, moto akhlaq kesejahteraan / menjaga maslahat manusia:
1)termasuklah penampilan tingkah laku
2)budi-bahasa dan tutur-kata yang berkait dengan komitmen amal soleh

Semua itu mendokong mengukuh kepada;
Tauhid - mendidik manusia yakin bahawa Allah itu maha berkuasa dan perkasa dan
Takwa -Insaf bahawa Allah ( SWT) melihat dan mengetahui perbuatan manusia yang menjadi daya kawalan dan pedoman.
ان أكرمكم عند الله أتقــكم (الحجرات -13)
"Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu"
Lawan-( Sifat haiwan hidup kerana nafsu dan perut. )
-Akhlaq Rasulullah (SAW)
Cerita Yahudi.......

Insaf ketuhanan asas akhlaq yang baik bila seseorang ingin melakukan sesuatu dia menyakini bahawa orang lain tidak melihatnya tetapi Allah melihat ( pada dirinya sudah ujud kawalan / keinsafan yang membawanya hidup terpandu, natijahnya perbuatan dan amalannya akan baik dan membawa kesejahteraan kepada orang lain.

Al-Quran: Kitab Allah yang merupakan petunjuk, hidayah, penawar, pembawa syafaat dan pegangan bagi Umat Islam dalam mendapatkan kehidupan yang diredhai di dunia dan di akhirat seiring dengan pelaksanaan terhadap syariat Islam. Kandungannya lengkap dan sempurna mampu untuk mengatur kehidupan manusia bagi menikmati kesejahteraan dunia dan akhirat.Zaman ini kita umat Islam masih terus mencari-cari sumber pedoman kehidupan yang berkualiti dengan fenomena ini kita kadang-kadang hanya sanggup iri-hati dengan kemajuan barat lalu mengatakan nah lihat mereka bangsa yang maju, tetapi pada waktu yang sama kita juga terus-terusan mengutuk mereka kerana moral yang sangat bertentangan dengan jiwa bangsa kita sendiri. Oleh itu, kita mengubah haluan pandang kepada negara maju di sekeliling kita, tetapi ada lagi gejala lain seperti unsur-unsur rasuah dan sebagainya, akhirnya umat ini terus tertinggal jauh tanpa kualiti. Kerana apa, sebab kita berpandu kepada kemajuan lahiriah semata-mata, duniawi-الدنيا حسنة , iaitu pegangan orang-orang yang telah dikunci mata-hati mereka.

ان الذين كفروا سوآء عليهم ءأنذرتهم أم لم تنذرهم لا يؤمنون (6) ختم الله على قلوبهم وعلى سمعهم وعلى أبصارهم غشــوة ولهم عذاب عظيم (7)- البقرة
"Sesungguhnya orang-orang kafir, sama saja bagi mereka, kamu beri peringatan atau tidak kamu beri peringatan, mereka tidak akan beriman. Allah telah mengunci-mati hati dan pendengaran mereka, dan penglihatan mereka ditutup. Dan bagi mereka siksa yang amat berat."

Maka saya berpendapat tajuk forum malam ini adalah tepat dan sangat releven kerana tunas bangsa PERLU / WAJIB dibekalkan dengan akhlaq al-Quran. Kita merujuk wahyu, untuk masa depan bangsa. Kita merujuk al-Quran dan sunnah dalam segala urusan pendidikan kita merujuk al-quran dalam urusan sosial / budaya ekonomi, politik, perubatan dan sebagainya. Akhlak al-Quran membawa umat Islam, bangsa yang mulia, di dalam al-Quran terkandung semua keperluan umat manusia ia merupakan “Pakage Diamond”. Tauhid / Aqidah, Syara' dan Akhlaq.

تركت فيكم أمرين ان تمسكتم بهما لا تضل ولن تضل ابد . الا وهى القران والسنة

Perhatikan, dan kita cuba mentelaah nama-nama dan sifat-sifat tertentu yang diberikan oleh Allah s.w.t kepada kita suci al-Quran, antaranya:
Nur-Cahaya
Huda-Petunjuk
Rahmat-Rahmat
Syifa-Obat / Penawar
Basyir-Khabar baik
Nadzir-Khabar buruk

Dan sifat-sifat lain yang menunjukkan kebesaran dan kesucian al-Quran, sumber inilah yang perlu pengkajian dan penyelidikan umat Islam, bukan tiru sana-sini.Al-Quran juga menanamkan Roh Hijrah menuntut setiap umat Islam berpindah dari semua aspek negatif kepada bentuk positif.

i-Agama Islam menggalakkan agar umatnya menuntut ilmu tetapi masih banyak yang buta huruf atau ala kadar.
ii-Islam juga menuntut umatnya bersatu padu, realitinya masakini ramai yang berpecah-belah, bercerai-berai.
iii-Islam menuntut supaya rajin, berdisiplin dan menjaga masa tetapi orang Islam sebaliknya.

Islam satu-satunya agama yang sangat mementingkan ilmu dalam al-Quran terdapat lebih 900 ayat mengenai persoalan ilmu, itu tidak termasuk perbincangan ilmu secara abstrak.

Perintah pertama dalam wahyu adalah menyeru untuk belajar. Suatu peradaban yang mementingkan kuasa ilmu, oleh itu dalam Islam kriteria penting sebagai golongan bertaqwa ialah “ulama”.

يرفع الله الذين امنوا منكم والذين اوتوا العلم درجـت . والله بما تعملون خبير (المجادلة -11)
"Allah akan mengangkat orang-orang beriman di kalangan kamu dengan orang-orang yang berilmu, darjat yang tinggi dan Allah maha mengetahui apa yang kamu lakukan."

Saya petik titah perutusan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena menyambut tahun baru hijrah 1428. "Pembinaan bangsa hendaklah menitik-beratkan kepada pendidikan dan pembelajaran. Jika elok dan berjaya pendidikan dan pembelajaran itu, maka berjayalah bangsa. Namun ukuran kejayaan itu bukanlah semata-mata bila kita berjaya menguasai ilmu, tetapi kejayaan mutlak ialah apabila ilmu itu tidak clash dengan akhlaq yang baik."
Inilah dasar-dasar ajaran Islam yang merupakan aset dan modal yang sangat berharga dijadikan pedoman dalam rangka untuk menempuh kehidupan dunia dan akhirat. Allah s.w.t berjanji memberikan kekuasaan untuk mentadbir dunia ini.

Firman Allah s.w.t
أن الأرض يرثها عبادى الصـلحون (الأنبياء- 105)
"Bahawasanya bumi ini akan diwarisi oleh hamba-hamba ku yang soleh."

Ayat tersebut menjelaskan tentang hak orang Islam untuk mewarisi pentadbiran bumi ini, tetapi dengan syarat bahawa mereka terdiri dari golongan orang-orang soleh, jika syarat tersebut luput, maka akan jatuhlah hak terebut, dan mereka tidak layak mendapatkannya.

Oleh yang demikian, langkah yang perlu diatur ialah umat Islam perlu berhijrah, berubah untuk menuju kepada kegemilangan (i, ii, iii) di atas iaiatu menerusi kekuatan spiritual, moral dan fizikal.

Cadangan:
1)Mewujudkan Program Pengajian Al-Quran di Institusi Pengajian Tinggi Islam
2)Penyusunan tafsir al-Quran Brunei (banyak tafsir mudah dirujuk? Berapa banyak orang yang berminat?

Soalan Kedua:
- Tidak dapat disangkalkan bahawa ada sebahagian kecil para belia yang tergelincir daripada landasan yang baik sehingga mereka terlibat dalam aktiviti-aktiviti anti sosial dan sebagainya. Sila Dato jelaskan panduan daripada al-Quran bagi mengatasi keterlibatan belia dalam aktiviti anti sosial ini.

Dapatan :
i-Mordanisasi seiring dengan keruntuhan moral
ii-Muncul gerakan memperjuankan hak menggugurkan anak
iii-Pernikahan sejenis
iv-Kebebasan melacur - (mencabar kehidupan berugama dan budaya kehidupan bertemadun)

Kanak-kanak adalah insan yang suci, mulia, bersih dari dosa, bau tubuhnya ialah hembusan dari syurga, tangisan kanak-kanak adalah doa dan zikir. Mereka sangat lemah perlu perlindungan, kasih sayang, belaian,pembelaan, didikan, simpati, tanpa adanya unsur-unsur tersebut kanak-kanak rosak jiwa, fizikal dan mental, pudar masa depan, menempuh alam remaja tanpa wawasan dan tanpa cita-cita yang baik kepada Negara, bangsa dan agama.

كل مولود يولد على الفطرة  فأبويه يهودانه أو ينصرانه أو يمجسانه

Pendidikan yang sempurna amat mustahak diberikan kepada anak. Islam mengajarkan supaya umatnya menerapkan ilmu agama kepada anak-anak sejak dalam kandungan, ibu-ibu mengandung digalakkan untuk membaca Al-Quran, waktu lahir diazankan dan iqamah dan sunat dibacakan surah al-Ikhlas (kalimah Tauhid).

Tetapi dalam menempuh perjalan hidup yang panjang tentu ada pengalaman yang berliku-liku dan ranjau sepanjang jalan antaranya ialah:-
1.Pengaruh Persekitaran / Lingkungan

Rasululllah S.A.W menganjurkan umat Islam menyediakan persekitaran yang Islamik untuk perkembangan anak-anak secara menyeluruh [ (1)dirumah, (2)sekolah, (3)masyarakat ], samada dari aspek kerohanian, jasmani, pengetahuan nilai-nilai sosial, semangat juang dan tanggungjawab menunaikan hak, jika institusi-institusi tersebut gagal memberikan iklim Islamik, maka mereka akan berkembang sebagaimana acuan, oleh itu peranan institusi keluarga, institusi pendidikan dan masyarakat dalam membentuk tunas bangsa adalah penting.

i-Keluarga; Ibu / bapa sebagai roll model.
Menurut kajian / laporan yang selalu kita dengar, krisis moral serta isu-isu tingkahlaku remaja adalah pantulan dari keretakan rumahtangga :
a. bubapa / keluarga kurang meluangkan masa untuk bersama dengan anak-anak.
b. Ibubapa tidak berupaya menunjukkan contoh teladan.
c. Ibubapa yang mampu (kewangan) menyediakan peralatan teknologi tinggi tanpa bimbingan.

Semua ini memberikan implikasi konflik emosional dan moral dikalangan remaja.

ii-Pendidikan Formal / Alam Persekolahan;
Di sekolah, kanak-kanak akan menghabiskan waktu sekurang-kurangnya 6 hingga 7 jam dalam sehari. Oleh itu Institusi Pendidikan memainkan peranan mengasuh, mendidik, membimbing dan mengajar melalui program akademik, ko-kurikulum dan agama. Pendidikan ugama mencakup maklumat (1) akidah, (2) hukum syara' (3) akhlaq.

Tujuan sekolah ugama secara umumnya untuk mencapai dua garis besar :
a)Menanam dan memupuk kefahaman tentang Ugama Islam serta menanam roh keugamaan dan kebiasaan mengamalkan ajaran-ajaran Islam dalam diri setiap orang kanak-kanak dan juga masyarakat umum (fardu `ain).
b)Menyediakan tenaga-tenaga yang dapat mengislamkan dan mengekalkan keislaman semua yang terdapat dalam kehidupan masyarakat umum.

iii-Masyakarat;
A.Tempat dan daerah kemungkaran
Imam Al-Ghazali, Rahimahullah, membahagikan kepada 6 tempat, antaranya:

Pasaraya / gedung-gedung perniagaan.
Penjualan atau mempromosi peralatan berunsur maksiat yang boleh mempengaruhi keruntuhan akhlaq dan pemikiran umat Islam, produk-produk pakaian terkini, makanan, hiburan dan lain-lain.
-Dating / pergaulan / lepak
-Iklan-iklan yang berpengaruh

Rumah tangga.
Dalam Islam, rumah kediaman wajib dijaga dan dipelihara dari segala bentuk kemungkaran agar rumah itu dirahmati Allah Subhanahu Wa Ta'ala;
-Permakanan halal / tidak subhat
-Peralatan dan bahan yang mengasyikkan / melalaikan mengganggu peribadahan kepada Allah
-Keharmonian / keruntuhan (perceraian)

TAHUN/PERKAHWINAN/PERCERAIAN/RUJU'
2004/1,734/381/26
2005/1,860/358/27
2006/1,775/439/34

Anak adalah sebagai rahmat di antaranya:
واتيناه أهله ومثلهم معهم رحمة من عندنا (الأنبيأ-84)
(dan kami kembalikan kepadanya anak / isterinya sebagai rahmat dari sisi kami).

i-Unsur kebahagiaan hidup.
ii-Tempat bergantung di hari tua.
iii-Penyambung cita-cita; amal jariah, anak soleh, ilmu yang diajarkan.

حديث : اذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث علم ينتقع به ولد صالح يدع له.. عمل جارية

Anak adalah sebagai amanah.
Tanggungjawab ibu / bapa untuk menanai amanah tersebut kita terikat dengan ‘undang-undang hak milik’ menurut Syara’ Anak adalah milik

Allah S.W.T dan semua pemberian itu akan ditanya.

واعلموا انما اموالكم وأولادكم فتنة (الأنفال- 28)
(Dan ketahuilah, harta-harta dan anak-anakmu itu adalah ujian).

Di jalanan.
Kemudahan jalanraya, menjadi tempat pameran kehebatan, pembuangan sampah, dan lain-lain lagi. (tidak sabar)

Tempat permandian.
Menggantung / meletakkan gambar-gambar yang tidak senonoh dalam kamar mandi atau melukis perkara-perkara yang tidak wajar dalam

Tandas awam.
-Budaya mendedahkan aurat di permandian awam.

Tempat jamuan.
Kenduri / majlis doa kesyukuran / doa selamat diselangi dengan bermacam-macam hiburan dan pembaziran.

Tempat Ibadat.
Ibadah tidak ditunaikan dengan sempurna dan orang beriktiraf mengabaikan masa, berbual dan bergurau mengganggu ibadah orang lain, membiarkan anak-anak hiruk/pikuk dalam masjid atau bermain “games”.

Aktiviti belia di Negara Brunei Darussalam.
-Belia masjid, kefahaman al-Quran, kelas-kelas al-Quran
-Bersukan antara masjid-masjid, majlis ilmu, berjadual di masjid
-Ratib / Zikir ;
i)aman rumah tangga
ii)terlindung dari penyakit dan bala
iii)terpelihara daripada sihir
iv)40 kali hajat tertunai – يا لطيف  X70

Pada hakikatnya kemungkaran tadi boleh menimbulkan suasana yang tidak tenteram dan boleh menjejaskan pembangunan insaniah dan syaksiah ummat Islam ‘umpama benih / tunas disiram minyak’.
Segala bentuk kemungkaran yang berleluasa dalam dunia ini telah terungkap dengan jelas dan banyak sekali dalam Al-Quran.

ألا إنهم هم المفسدون ولكن لا يشعرون (البقرة- 12)
"Ingatlah, sesungguhnya mereka itu berbuat bencana, tetapi mereka tidak sedar"

لايغرنك تقلب الذين كفروا فى البلـد(197)متـع قليل ثم مأو?هم جهنم وبئس المهاد(198)
"Jangan kamu terpedaya oleh tipu muslihat orang-orang yang tidak beriman dalam negeri, demikian itu (hiburan dunia) kesenangan yang sedikit, kelak kediaman mereka adalah neraka dan itulah seburuk-buruk tempat kediaman."

B.Bagaimana membentuk tunas muslim?
Sabda Nabi S.A.W :
انما بعثت لاتمم مكارم الأخلاق
"Sesungguhnya aku dibangkitkan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia."

Riwayat Aisyah r.a: كان خلقه القرآن (sesungguhnya akhlaq rasulullah itu al-Quran)

Menurut Iman Al-Ghazali dalam "Miizanul 'amal" ada 4 sifat utama akhlaq al-Quran:
1-Al-Hikmah; Kebijaksanaan -Rasulullah dengan perempuan Yahudi
2-Al-'Iffah; Pengawasan atau disiplin terhadap keinginan nafsu.-aktiviti belia masjid
3-Al-Syaja`ah; Keberanian atau keperwiraan.
4-Al-'Adaalah; Keadilan.

Pembentukan peribadi muslim menurut Imam Ghazali dimulai dengan kefahaman yang jelas;
tentang diri sendiri yang mesti dibentuk.
Kemudian jurusan-jurusan seperti pegangan amalan rohaniah, akhlaq dan disiplin yang berdasarkan hukum ilahi.
Kemudian jemaah (masyarakat / ummah).

Konsep dan proses pembangunan menurut Islam tidak boleh dipisahkan dengan pertimbangan-pertimbangan akhlaq dan akal keduanya harus berjalan seiring. Oleh itu dalam sebuah hadith Rasullah S.A.W menghuraikan unsur makarimul akhlaq antaranya disebutkan 30-35 jenis peribadi / akhlaq orang mukmin.

ان من اخلاق المؤمن قوة فى الدين حزما فى لين ايمانا فى يقين وحرصا فى علم وشفقة فى مقت وحلما فى علم وقصدا فى غنى وتجملا فى فاقة وتحرجا عن طمع وكسبا فى حلال وبرا فى استقامة ونشاطا

فى هدى ونهيا عن شهوة ورحمة للمجهود وان المؤمن من عباد الله لا يحيف على من يغض ولا يأثم فيمن يحب ولا يضيع ما استودع ولا يحسد ولا يطعن ولا يلعن ويعترف بالحق وان لم يشهد عليه ولا

يتنابز بالالقاب فى الصلاة متخشعا الى الزكاة مسرعا فى الزلازل وقورا فى الرخاء شكورا قانعا بالذى له لا يدعى ما ليس له ولا يجمع فى الغيظ ولا يغلبه الشح عن المعروف يريده يخالط الناس كى يعلم

ويناطق الناس كى يفهم وان ظلم وبغى عليه صبر حين يكون الرحمـن هو الذى ينتصرله
"Sesungguhnya daripada sifat-sifat orang mukmin itu ialah:

(1)kuat dalam beragama;
(2)tegas dan tetap pendirian dalam berlembut;
(3)keimanan dalam yakin;
(4)kuat keinginan dalam ilmu;
(5)kasihan belas dalam kebencian;
(6)penyantun dalam ilmu;
(7)sederhana dalam kekayaan;
(8)berperangai indah dalam kesempitan;
(9)mengelak diri daripada sifat tamak;
(10)berusaha dalam apa yang halal;
(11)kebaikan dalam istiqamah;
(12)cergas dalam bimbingan (Allah);
(13)melarang (diri daripada) keinginan yang rendah;
(14)kasihan belas kepada mereka yang tertindas;
(15)dan sesungguhnya orang-orang mukmin itu adalah termasuk ke dalam golongan para hamba Allah yang tidak berlaku zalim kepada orang yang dimarahinya;
(16)tidak menggunakan gelaran (keji);
(17)tidak melakukan dosa dalam (memberi layanan kepada) sesiapa yang dikasihinya;
(18)tidak menyiakan apa yang diamanahkan kepadanya;
(19)tidak dengki,
(20)tidak mencaci;
(21)tidak melaknat,
(22)mengakui apa yang hak, walaupun ia tidak menyaksikan di atasnya;
(23)tidak menggunakan gelaran-gelaran (yang keji ke atas orang lain);
(24)khusyuk di dalam sembahyang;
(25)segera dalam (menunaikan) zakat;
(26)tenang dalam keadaan huru-hara;
(27)mengawal diri dalam keadaan senang;
(28)bersyukur dan bersikap memadai dengan apa yang ada padanya;
(29)tidak mendakwa apa yang bukan haknya;
(30)tidak berhimpun dalam kemarahan;
(31)ia tidak dikuasai oleh sifat bakhil (sehingga tidak melakukan kebaikan yang diingininya);
(32)ia bergaul dengan manusia untuk memberi pengajaran kepada mereka;
(33)ia berbicara kepada mereka untuk memberikan kefahaman kepada mereka;
(34)kalau ia dizalimi dan dilakukan kejahatan ke atasnya, maka ia bersabar sehingga Tuhan Yang Rahman memberi pertolongan untuknya." (al-Jami’ as-Saghir-I.69)

C.Tuntutan Muslim, Setiap muslim ada akad dengan Allah S.W.T
Bumi dan kehidupan ini adalah ladang semaian, manusia boleh menanam aneka jenis tumbuhan seperti;
(1)Kalau kita tanam buah-buah yang berbagai-bagai rasa enak dimakan, maka bumi ini menjadi taman indah penuh persona (harmoni) / (konstraktif).
(2)Pohon-pohon berduri, beracun dan lalang, maka bumi ini akan menjadi ranjau dan duri beracun yang mengancam penghuninya.
(3Allah menentukan Umat Islam memiliki metod yang sangat unik, hidup di dunia ini dengan aqad (perjanjian) dan Allah s.w.t dengan kalimah syahadah. (لاإله إلا الله محمد رسول الله)
(4)Bekerja / beramal semata-mata untuk Allah dan melaksanakan amal itu mengikut petunjuk dan teladan Rasulullah s.a.w. Dua kalimah syahadah akan melahirkan revolusi diri dan “spirit optimisme”, yang mengeratkan pemiliknya untuk hanya beramal baik, adil dan konsisten, inilah umat lahir dari integritas iman.
(5)Allah menentukan sesuatu.
(6)Nabi Muhammad s.a.w menunjukkan jalan.

Kita lahir ke dunia ini ada tugas yang amat berat iaitu ikat janji kepada Allah S.W.T. satu fungsi yang amat mulia, jika mereka itu memenuhi janji tersebut kerana orang yang menepati janji dipandang mulia namun tugas dan tanggungjawab manusia dikatakan amat berat kerana ia mencakupi seluruh aspek kehidupan yang amat luas sedang manusia lemah dan banyak musuh. Kerana itu, islam mengutamakan (6) perkara kepada umatnya;

Kuat dan sihat.
المؤمن القوي خير واحب إلى الله من المؤمن الضعيف- رواه المسلم

Ketrampilan.
Iaitu pakar dalam setiap bidang (teori / praktikal).

Berilmu.
Salah satu amanah yang ditanggung oleh setiap muslim untuk dapat menjadi "Rahmatan Lil Alamin" pembawa kabikan penganjur kedamaian dan keharmonian seluruh akan maka untuk mencapai matlamat itu,
(1) mesti ada tiga misi utama;

a)Proses belajar, untuk dapat memiliki ilmu sebagai model paling berharga dalam menunaikan ibadah, baik yang bersifat mahdhah atau ghayr mahdhah supaya mendapat darjat yang tinggi dan membawa kemajuan kepada ummah.
b)Bekerja secara halal; untuk menyara diri dan keluarga dan berzakat jika mencapai harta wajib dan harta orang-orang Islam secara faktual menjadi amal soleh melalui zakat, infak dan sedekah.
c)Berkeluarga; mewujudkan rumahtangga "sakinah, mawaddah wa rahmah" yang dapat menghasilkan keturunan yang soleh / solehah -iaitulah ladang / lahan amal (tunas ummah-رحمة للعالمين

(2) mesti ada tiga unsur adalah seperti sikap professional seorang muslim yang prestatif, iaitu:

a)ia mampu mensinergikan kemampuannya untuk zikir, berfikir dan ikhtiar,
b)ia mampu berfikir cerdas untuk meraih prestasi kerja cemerlang,
c)ia berani untuk mengusahakan / mengerjakan semua rencana-rencana yang dirancang secara matang demi untuk mencapai objektif masa depannya.

يرفع الله الذين آمنوا منكم والذين أوتوا العلم درجات (المجادلة- 11)

Firman:Barangsiapa yang menhendaki dunia hendaklah ia berilmu.
Barangsiapa yang menghendaki akhirat hendaklah ia berilmu.
Barangsiapa yang mahu keduanya hendaklah ia berilmu.

(3)Bercita-cita tinggi. (menjadi orang yang soleh)
ان الأرض يرثها عبادى الصالحون (الأنبيأ -105)
(Bahawasanya bumi ini akan diwarisi oleh hamba-hambaku yang soleh).

(4)Berakhlaq mulia.
Islam mengajarkan akhlaq, iaitu jujur, sabar, syukur, rajin, malu, tekun, pemaaf, ikhlas, cinta, belas kasihan, tawakal, zuhud, ingat mati, berani kerana benar, berbuat baik kepada semua makluk merendah diri kepada Allah dan lain-lain.
خير الناس أحسنهم خلقا (رواه الطبرانى)

(5)Ta'at kepada peraturan Allah dan Rasulnya.
يا أيها الذين آمنوا أطيعوا الله ورسوله (الأنفال - 20)
(Hai orang-orang yang beriman ta’atlah kamu kepada Allah dan kepada Rasulnya).

Soalan Ketiga:
- Bagi keberkesanan tema, memerlukan kepada sokongan dan penglibatan semua pihak. Bagaimanakah orang ramai boleh melibatkan diri dalam hal ini?

Masyarakat Zaman mutakhir ini pada umumnya umat islam kurang memberi perhatian terhadap gejala kemungkaran yang berlaku ditengah-tengah kehidupan tanpa adanya pencegahan yang sewajarnya, seandainya gejala kemungkaran yang berbagai bentuk ini berterusan dalam masyarakat akan mengundang "padah" ke atas umat islam sendiri.

Secara peribadi, saya berpendapat issu ini adalah tanggungjawab menyeluruh dari peringkat pemimpin berbagai lapisan masyarakat dan individu muslim dalam merealisasikan rangka tugas dan peranan manusia sebagai khalifah Allah di muka bumi ini, nasib dan keadaan kehidupan umat Islam kita sendiri yang hanya dapat mengubahnya berkonsepkan perlaksanaan amr' ma'ruf dan nahi mungkar, berabad-abad lamanya umat islam mengalami proses kemunduran sehingga kehilangan "suma'ah" "خير الأمة أخرجت للناس".Justeru itu menegakkan amr' ma'ruf nahi mungkar adalah kewajiban bersama, inilah perbezaan dan keistimewaan umat Islam dari umat lain. Kalaulah tugas tersebut tidak ditunaikan oleh umat Islam maka kita tidak berbeza dengan umat lain dalam kehidupan ini.

Syari'at Islam menggariskan betapa pentingnya penjagaan, pengawalan oleh pemeliharaan situasi dan kondisi kehidupan masyarakat dengan mengamalkan kebaikan dan mencegah segala bentuk kemungkaran.

Firman:
كنتم خير أمة أخرجت للناس تأمرون بالمعروف وتنهون عن المنكر وتؤمنون بالله
(Surah Ali Imran, ayat 110)

"Keberhasilan kita mendidik umat seluruhnya untuk melaksanakan tugas agama, adalah faktor yang dapat meletakkan ketinggian dan keunggulan umat Islam dalam rangka meningkatkan kualiti dan keunggulan ummah."

1.Sholat kunci kesihatan mental / fizikal
Saya terbaca satu artikel, tulisan seorang doctor perubatan dan pakar yoga bangsa German, mengenai dengan hikmat / manfaat solat, yang diamalkan oleh orang Islam sejak 14 abad itu ternyata dapat memulihkan kekuatan dan berkait erat dengan fizikal, mental dan spiritual. Seperti juga ibadah puasa "berpuasalah kamu, nescaya kamu sehat"-Hadith. Dalam sembahyang tersusun bacaan-bacaan zikir dan doa-doa sangat sesuai untuk kita amalkan dalam kehidupan sehari-hari. "Sebaik-baik kondisi seorang hamba adalah saat dia sembahyang dan berzikir."
Titah perutusan tahun hijrah 1429 untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam sebuah negara zikir. Cadangan: setiap individu perlu memilih satu zikir dijadikan amalan harian.
Contoh : Membaca Ratib Al-Attas, KHEU

2.Sayangi anggota keluarga / cinta
Satu hari Rasulullah s.a.w mencium anak kecil, seorang Badwi hairan, berkata: "Saya banyak anak tapi tidak pernah mencium mereka" Lalu Rasulullah bersabda, "Sayangilah yang ada di bumi, nescaya engkau disayangi oleh yang ada di langit"(menyayangi keluarga menurut tunas-tunas Islam).

3.Membangun jiwa mendiri dan terancang
Membangun harga diri adalah kunci kemuliaan dengan konsep hanya bergantung harap kepada Allah s.w.t, dan yakin pasti Allah tidak akan mengabaikan kita, dalam sebuah hadith qudsi, Allah s.w.t berfirman:
"Apabila seorang hambaku mendekatiku dengan berjalan, maka akan mendekatinya dengan berlari"

Untuk membangun jiwa berdikari harus melalui proses:
i-Memiliki tekad kuat; untuk jadi terhormat, bukan meminta-minta bergantung kepada orang lain tetapi melaksanakan kerja dengan semangat.
ii-Memiliki keberanian; untuk suksess. Kita harus melawan rasa takut, rasa malas dan lain-lain.
iii-Nikmati proses; untuk mencapai cita-cita perlu menjalani prosess (sunatullah). Kisah seorang tua bertanam kurma, ketika ditanya untuk apa dia susah-susah menanam kurma, mungkin dia tidak sempat menikmatinya. Jawabnya "Bukankah sekarang ini kita makan kurma dari jasa orang yang sudah meninggal". Hidup harus terancang, GAGAL MERANCANG SAMA ERTINYA DENGAN MERANCANG KEGAGALAN-contoh: seorang yang hendak keluar rumah tetapi tidak merancang pergi kemana-mana, pasti akan sesat. Ketahuilah bahawa Allah menyiapkan segala kebaikan untuk kita.

والذين جاهدوا فينا لنهدينهم سبلنا . وان الله لمع المحسنين (العنكبوت- 69)
"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik."

4.Hati-hati menjalani hidup
Pernah satu statistik dikeluarkan di negara jiran, mengenai kecelakaan jalanraya. Kejadian eksiden paling tinggi terjadi di lebuhraya kira-kira

200 berbanding 20, dijalan yang berbelok-belok.

Bererti hidup serba lengkap, mewah dan mudah orang akan lebih mudah tergelincir.

5.Adil membagi waktu
"Sebaik-baik manusia adalah yang diberi umur panjang dan baik amalnya, dan sejelek-jelek manusia adalah yang diberi umur panjang dan buruk amalnya", hadith riwayat Ahmad.

Kesempurnaan dalam pekerjaan terletak kepada ketepatan dalam menyukat masa bukan panjang pendek waktu yang digunakan. Makanya Islam mengingatkan kita akan waktu lima kali sehari semalam (waktu wajib). Pada diri kita ini, berjalan satu hukum fitrah bahawa satu hembusan nafas kita sebanding dengan selangkah menuju maut / kematian.Oleh itu efektif penggunaan waktu harus pada hak, hak belajar, bekerja, hak tubuh, keluarga, ibadah, kalau malam untuk rehat tidur, awas, jangan gunakan yang sebaliknya, harus disiplin, tidak menunda kerja dan lain-lain.

Imam Hassan Al-Bashri pernah berpesan, "Waspadalah kamu dari menunda pekerjaan, kerana kamu berada pada hari ini bukan pada hari esok, kalaulah esok hari menjadi milikmu, maka jadilah kamu seperti pada hari ini, kalau esok tidak menjadi milikmu, nescaya kamu tidak akan menyesali apa yang telah berlalu".