MALAM KEUGAMAAN SEMPENA HARI KEPUTERAAN.

Oleh; Mmt
Temburong, 24hb Julai 2010, Sabtu, 8.00 Malam - Persatuan Saudara-Saudara Baru Daerah Temburong (PESAT) dengan kerjasama Bahagian Dakwah Daerah Temburong telah mengadakan majlis malam bercorak keugamaan sempena sambutan perayaan hari keputraan KDYMM yang ke 64 tahun. Majlis diadakan di pentas perayaan, antara lain tujuan majlis ini diadakan adalah untuk sama-sama melibatkan saudara baru dalam memariahkan lagi sambutan hari keputeraan pada tahun ini. Diantara atucara malam tersebut ialah pertandingan Azan Subuh bagi lelaki dan peraduan menghafaz Doa Qunut bagi peserta perempuan. Majlis juga turut diserikan lagi dengan persembahan Nasyid daripada murid Sekolah Ugama Amo, persembahan dikir daripada Pos Dakwah Kg Selapon, persembahan nasyid daripada murid Sekolah Ugama Bokok dan persembahan hadrah daripada Balai Ibadat Kg Sibut disamping persembahan acara juga diselitkan dengan kuiz ugama untuk para penonton yang hadir.
Diakhir acara tetamu kehormat majlis, Ustaz Abdullah bin Namit, Ketua Bahagian Dakwah Temburong menyampaikan hadiah serta cenderahati kepada pemenang peraduan serta peserta persembahan pada malam tersebut.






|