MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL KURSUS FARDHU KIFAYAH BELIA MASJID KAMPONG MENTIRI

Oleh : Zul, JHEM Selasa malam Rabu, 13hb. Julai 2010 - Majlis Penyampaian Sijil Kursus Fardhu Kifayah (menyempurnakan jenazah) Belia Masjid telah berlangsung di Masjid Kampong Mentiri. Hadir menyampaikan sijil kepada peserta kursus ialah Pemangku Pengarah Hal Ehwal Masjid, Haji Abdul Kahar bin Haji Hussin. Seramai 55 peserta belia Masjid menghadiri kursus yang bermula sejak 6 Julai lalu dengan mendedahkan peserta mengenai dengan cara-cara pengurusan jenazah yang betul selain tatacara pengendaliannya secara praktikal dengan dibimbing oleh imam dan pegawai agama. Setiap peserta yang mengikuti kursus pengurusan mayat perlu mempunyai tiga sifat iaitu sabar, jujur dan amanah. Dalam melaksanakan amanah ini, penggapai juga diingatkan supaya tidak menceritakan perkara-perkara yang tidak baik atau keaiban jenazah yang telah disempurnakan kepada orang lain. Kursus ini merupakan salah satu aktiviti Takmir Masjid Kampong Mentiri tahun 2010 sempena sambutan Israk dan Mikraj yang bertujuan untuk memenuhi tuntutan agama khususnya dalam pengetahuan fardhu kifayah di samping memantapkan lagi pengetahuan para belia di negara ini khususnya di bidang agama.
|