Carian :

28 Safar 1436 H | 21 Disember 2014 M


         Daftar Masuk
Daftar Masuk
Daftar Sekarang
Masalah Daftar Masuk

         Bersama
YB Menteri
Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman
YM Timbalan Menteri
Yang Mulia Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar
YM Setiausaha Tetap
Yang Mulia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof
YM Setiausaha Tetap
Yang Mulia Awang Haji Mohammad 'Abdoh bin Dato Seri Setia Haji Abd Salam
YM Timbalan Setiausaha Tetap
Yang Mulia Awang Haji Harun bin Haji Junid

         Jabatan-Jabatan




         Aplikasi
Waktu Sembahyang

28 Safar 1436 H
21 Disember 2014 M

Peringatan : Waktu-waktu sembahyang bagi Daerah Tutong ditambah 1 minit dan Daerah Belait ditambah 3 minit
Jadual Waktu Sembahyang
Petikan Al-Quran & Hadith

Perkara yang dilarang di kawasan perkuburan
Diriwayatkan oleh Imam at-Tirmidzi, dari Marsad al-Ghanawi, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, maksudnya: "Jangan duduk di atas kubur dan jangan sembahyang menghadap ke arahnya".
Doa-doa Pilihan
Salawat
Kalendar Islam, Penukaran tarikh Masehi ke Hijrah/Hijrah ke Masehi & Fadhilat bulan-bulan Islam
Multimedia Islam
Forum Islam

         KUPU SB





         Projek E-Kerajaan



         Pautan Facebook


        Jabatan Majlis Ugama Islam
PENGIKTIRAFAN HALAL

MENANGANI MASALAH MAKANAN HALAL DAN HARAM

Dalam menangani masalah makanan halal haram di negara ini iaitu khususnya mengenai dengan daging, satu undang-undang yang mengawal mengenainya telah digubal yang dinamakan Perintah Darurat (Daging Halal) 1998 dan mulai dikuatkuasakan pada 17hb. April 1999 di Negara Brunei Darussalam.

Dengan tergubalnya Undang-Undang ini maka tertubuhlah:

i. Lembaga Mengeluarkan Permit Import Halal

Iaitu sebuah lembaga yang bertanggongjawab untuk mengeluarkan sebarang Permit mengenai dengan import daging-daging halal yang telah diiktiraf oleh Majlis Ugama Islam.

ii. Jawatankuasa Pemeriksa.

Iaitu jawatankuasa yang bertanggongjawab untuk memeriksa pusat-pusat penyembelihan atau tempat-tempat memproses daging untuk sokongan-sokongan pengiktirafan atau sebaliknya

Majlis Ugama Islam adalah merupakan pihak yang berkuasa untuk meluluskan apa-apa jua sokongan yang dibuat oleh Lembaga Mengeluarkan Permit Import Halal dan Jawatankuasa Pemeriksa berhubong dengan pengiktirafan halal, kebenaran memasukkan daging ke negara ini dan sebagainya

SIJIL HALAL

  • Sijil Halal akan dikeluarkan oleh Majlis Ugama Islam  kepada pengimport dan pembekal tempatan daging halal setelah Jawatankuasa pemeriksa berpuas hati bahawa binatang-binatang yang disembelih adalah dijalankan menurut hukum Syara dan setelah Majlis Ugama Islam berpuas hati dengan laporan Jawatankuasa Pemeriksa.
  • Bagi mendapatkan Sijil Halal ini pemohon hendaklah mengisi borang yang boleh didapati daripada Pejabat Setiausaha Lembaga Mengeluarkan Permit Import Halal, Bahagian Halal Haram, Jabatan Hal Ehwal Syariah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam.
  • Setiap pengimport dan pembekal tempatan daging halal yang telah mendapat Sijil Halal ini hendaklah mempamerkan Sijil Halal tersebut semasa daging halal dijual.
  • Bayaran bagi setiap Sijil Halal adalah sebanyak B$20.00

LESEN HALAL

  • Lesen Halal dikeluarkan oleh Lembaga Mengeluarkan Permit Import Halal  kepada pengimport dan pembekal tempatan daging halal setelah Lembaga berkenaan berpuas hati setelah maklumat-maklumat mengenainya disahkan dan berpuas hati mengenai bangunan dan kesesuaian pemohon.
  • Bagi mendapatkan Lesen Halal ini pemohon hendaklah mengisi borang yang telah ditetapkan dan boleh didapati daripada Pejabat Setiausaha Lembaga Mengeluarkan Permit Import Halal, Bahagian Halal Haram, Jabatan Hal Ehwal Syariah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam.
  • Bayaran Lesen Bagi daging halal Tempatan adalah sebanyak B$30.00

SIJIL PENYEMBELIHAN

  • Mana-mana orang yang menyembelih binatang-binatang untuk dimakan oleh orang ramai mestilah orang Islam yang memegang Sijil Penyembelihan.
  • Sijil Penyembelihan akan dikeluarkan oleh Pengarah Hal Ehwal Syara'iah setelah ia berpuas hati bahawa pemohon mampu menyembelih binatang menurut Hukum Syara'.
  • Bagi mendapatkan Sijil Penyembelihan  ini pemohon hendaklah membuat permohonan kepada Pengarah Hal Ehwal Syara'iah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam.
  • Bayaran bagi setiap Sijil Penyembelihan adalah sebanyak B$10.00

TANDA HALAL

  • Tanda Halal adalah satu logo yang telah ditetapkan dan dikeluarkan oleh Majlis Ugama Islam untuk disimpan oleh pengimport dan pembekal  tempatan pada daging-daging yang telah diiktiraf kehalalannya semasa diimport, diangkut dan dijual.
  • Tanda Halal akan dikeluarkan oleh Majlis Ugama Islam setelah pihak Majlis berpuas hati dengan maklumat-maklumat yang diberikan oleh pemohon mengenai dengan daging-daging yang akan diimport atau dijual dan setelah mendapat sokongan daripada pihak Setiausaha Lembaga Mengeluarkan Permit Import Halal.
  • Bagi mendapatkan Tanda Halal  ini pemohon hendaklah membuat permohonan kepada Setiausaha Majlis Ugama Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam.
  • Bayaran bagi setiap satu Tanda Halal adalah sebanyak B$0.02 (2sen)